Panduan Memohon Lesen Runcit Beras
  Panduan Memohon Lesen Runcit Beras
 
 Panduan Mengisi Borang BP/D
  1. Sila isikan Borang BP/D dengan lengkap
  2.  Pemohon hendaklah Warganegara Malaysia Berumur lebih dari 18 tahun. Sila sertakan sesalinan Kad Pengenalan Pemohon
  3.  Sila sertakan dokumen sokongan seperti berikut:
 
    3.1  Bagi Syarikat  Perkongsian/Perseorangan
    i)  Sila kemukakan salinan Sijil Pendaftaran (Borang A atau B) dan Perakuan Pendaftaran (Borang D) yang masih sah
    ii)  Bagi permohonan dari Negeri Sarawak sila kemukakan salinan Forn 1 (I.R.D No 7)
    iii)  Bagi permohonan dari Negeri Sabah, Sertakan salinan Lesen Perniagaan.
 
    3.2  Bagi Syarikat Sendirian Berhad
      i)  Sila kemukakan senaskah Memorandum And Articles of Association, Salinan Borang 9, Borang 24 dan Borang 49
     
     3.3 Bagi Syarikat Kerjasama / Koperasi
      i)  Sertakan Salinan Sijil Pendaftaran Koperasi/ Syarikat Kerjasama / Pertubuhan Peladang
     ii)   Senaskah Buku Undang-Undang Kecil Pertubuhan
     iii)  Sertakan salinan Cabutan Minit Mesyuarat yang menunjukkan persetujuan ahli-ahli/AJK untuk memohon Lesen Runcit Beras
 
 
  4.  Sila kemukakan salinan surat kebenaran daripada Dewan Bandaraya/Pihak Berkuasa Tempatan yang membenarkan perniagaan dijalankan di alamat tersebut (jika berkenaan)
  5.  Jangan kirimkan wanga atau apa-apa bayaran. Pembayaran untuk lesen akan diminta setelah permohonan diluluskan.
  6.  Kemukakan permohonan ini kepada pejabat Kawalselia Padi dan Beras yang berhampiran dengan tempat/wilayah anda.
  7.  Anda akan dihubungi dengan surat apabila keputusan telah dibuat. Anda boleh berhubung dengan pejabat ini jika keputusan tidak diterima selepas 14 hari dari tarikh permohonan diterima oleh pejabat ini